Sunday, January 4, 2009

Shin Chan dan gurunya

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.

Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah
di hadapan, jalan pelahan.
"




Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

Sin Chan:Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam
mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !




Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!




Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk
mana Amerika Utara.

Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat
kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul.
Sekarang, Kelas Beritahu saya siapa yang
jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!




Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita
tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!




Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di
sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.




Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu
tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari
yang sama, pada masa yang sama dan juga pada
waktu yang sama.




Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu
Warna hijau berbintik hitam dan satu lagi
berwarna merah berbintik biru.
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun
hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna
yang sama kat rumah .




Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan
jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana
saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.




Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama
seperti yang dikarang oleh Adik awak.
Adakah awak
meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!




Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti
Bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: seperti cikgu sekarang ni..

No comments:

Post a Comment