Friday, January 2, 2009

Lelaki berbohong, perempuan menangis…

Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya xhidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan.


Perkahwinan yg sebenar bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yg menghasilkan zuriat utk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini.


Satu perkara yg menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dlm konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.


Mengapa hal sedemikian terjadi?

Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional Oxford , Dr. Craig Bentler, lelaki dan wanita memang selalu wajar berkomunikasi antara 1 sama lain. Katanya, dlm berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.


“Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki xpernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya.


Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita mmg bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dlm bahasa Inggeris yg mengandungi suku kata men, his dan guy yg berkaitan dgn masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.


Beliau turut menyatakan 1 hakikat dlm ungkapan yg menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.


“Lelaki berbohong utk kebaikan dan mahu bergantung pd seseorang. Mereka mengambil alasan ini utk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelasnya.


Tambahnya, wanita menangis utk menyelesaikan 3 perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yg amat tersayat. Perhubungan yg baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika x, hilanglah seri kehidupan ini.


“Utk mewujudkan perhubungan yang baik itu, mereka perlu berkomunikasi dlm dua bahasa, iaitu ..bahasa lelaki’ dan ..bahasa wanita’. Jika x, mereka akan terus saling menyalahkan,” kata beliau.


Ada 6 perkara yg diperlukan lelaki dan wanita iaitu

Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan.


Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.

Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.


“Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya.


Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti ..Boleh tak?’.


Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.


Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia~~

No comments:

Post a Comment